Aktifkan Sim Kad

Peringatan : Proses ini boleh dilakukan jika sim kad anda telah sampai tetapi belum diaktifkan , tetapi sekiranya sim kad yang anda sudah terima sudah siap didaftarkan dari pihak jualprepaid.com, anda tidak perlu untuk membuat pengaktifan sim kad.

Saya mohon kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan perkhidmatan SMS ini supaya mengikuti format atau cara-cara sms dibawah ini, jika anda tukar dengan cara anda sendiri, ia amat menyusahkan saya untuk membuat pendaftaran dan akibatnya pendaftaran anda akan jadi lambat disiapkan. Kerjasama semua amat saya hargai. Kita masih dalam proses mencuba cara ini dan menambah baik dari semasa kesemasa. Jika ada idea baru, kongsilah bersama saya, semoga kita semua akan berjaya didalam bisnes ini.

Untuk memudahkan anda dan juga bakal prospek untuk mengetahui cara SMS ini, anda boleh download dan print sebagai rujukkan mereka.
Download Window 7
Download Window lama.



Cara SMS 1) Untuk Aktifkan//Daftar SIMKAD Tunetalk-ToneExcel 


Untuk lakukan pengaktifan, port in(kekalkan no lama) dan pendaftaran serentak, sila SMS kan maklumat yang dibawah ini kepada 014-705 7769

**Peringatan:
 Bila anda sms guna handphone yang lain dahulu, jangan sms menggunakan simkad tunetalk yang baru tu, kerana simkad tersebut belum aktif lagi.

a) Arahan aktif/daftar serentak "ad"
b) Nama penuh
c) 8 no simkad terakhir
d) IC no atau passport no
e) Alamat sehingga poskod sahaja
f) 3 contoh 4 nombor tunetalk yang diinginkan
g) Pilihan: Jika ingin terus mengekalkan no lama, sila sertakan no lama dan telconya sekali. Tapi sebelum itu pastikan anda telah membaca peringatan dibawah ini. Jika anda tidak mahu port in
(kekalkan no lama), biarkan kosong, jangan tulis apa2 untuk ini.
h) Pilihan: Jika anda ingin sertakan no akaun bank, sila masukkan sekali bank/no akaun, jika tidak anda boleh buat kemudian guna cara SMS 5.
i) ID Penaja anda: 10005 namanya adalah Ismail Ibrahim jika penaja anda orang lain, sila masukkan ID dia yang betul.
(Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Panduan SMS:
ad NamaPenuh NoSimkad8Terakhir NoIC Alamat Poskod NoPilihan1 NoPilihan2 NoPilihan3  TelcoLain NoLama Bank NoAccount idpIDpenaja 

(Mana-mana yang anda rasa ingin buat kemudian, sila tinggalkan, contoh anda tidak mahu kekalkan no lama, maka TelcoLain dan NoLama tidak perlu sms, sama seperti Bank dan NoAccount, jika mahu buat kemudian, tidak perlu sms.)
Contoh SMS yang perlu dihantar jika MAHU kekalkan no lama
ad ali bin dolah 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 4532 5120 4088
 maxis 012XXXXXX idp10005


Contoh SMS yang perlu dihantar jika TIDAK mahu 
kekalkan no lama:
ad ali bin dolah 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 4532 5120 4088
 idp10005

Ingat, dua perkara yang langsung anda tidak boleh buat silap iaitu 8 no simkad terakhir dan ID penaja. Kalau tersilap ID penaja, ia tidak akan boleh diubah lagi.

2. Tunggu sehingga dapat reply berjaya dan apabila mendapat message berjaya sila tanggalkan simkad tersebut, masukkan kedalam handphone dan buat satu SMS ke mana-mana handphone yang lain dengan perkataan "Aktif" utk langkah terakhir. Pastikan anda buat satu SMS, jika tidak simkad kekal tidak aktif, dan penaja anda tidak akan mendapat apa-apa komisyen.



Cara SMS 2) Untuk kekalkan no lama sahaja

Jika simkad sudah diaktifkan sebelum ini (bermakna sudah mendapat no tunetalk dan telah mendapat no ID ToneExcel), dan sekarang anda ingin melakukan port in (kekalkan no lama) SAHAJA, jadi 
SMS kan maklumat yang dibawah ini kepada
014-705 7769

a) Arahan port in(kekalkan no lama) "pt"
b) Nama penuh
c) 8 no simkad terakhir
d) IC no atau passport no
e) Alamat sehingga poskod penuh
f) telco
g) no lama anda
(Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Contoh SMS yang perlu dihantar:


pt tan wan seng 80XXXXXX 82XXXXXXXXXX no.5 jln lintang 81700 johor digi 013XXXXXX  
Proses port in mengambil masa paling lama adalah 48 jam untuk pertukaran no ke simkad toneexcel, paling cepat saya pernah jumpa adalah 2 jam. Tetapi jika selepas 48 jam, nombor masih belum bertukar, ini bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak telco lama anda. Biasanya disebabkan no lama itu bukan didaftarkaan dengan IC anda.


Cara SMS 3) Untuk Daftar sahaja SIMKAD dalam ToneExcel

Jika simkad sudah diaktifkan sebelum ini (bermakna sudah mendapat no tunetalk), tetapi tak sempat nak daftar dibawah penaja dalam ToneExcel (belum mendapat no ID lagi). Maka untuk mendapatkan no ID, SMS kan maklumat yang dibawah ini kepada014-705 7769
a) Arahan daftar "df"
b) Nama penuh
c) 8 no simkad terakhir
d) IC no atau passport no
e) Alamat sehingga poskod penuh
f) contact number
g) ID penaja (idp)
(Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Contoh SMS yang perlu dihantar:
df osman bin razali 80XXXX 82XXXXXXXXXX no.8 jln tegak 81100 sabah 0105XXXXXX  idp10005 

Cara SMS 4) Untuk Aktifkan SIMKAD sahaja

Anda ingin aktifkan simkad sahaja (Untuk mendapatkan no TuneTalk) tetapi ingin mendaftar dalam toneexcel (Untuk mendapatkan no ID) dengan menggunakan perkhidmatan Service Center yang lain. Oleh itu anda boleh SMS kan maklumat yang dibawah ini kepada 014-705 7769

a) Arahan aktifkan sahaja "ak"
b) Nama penuh
c) 8 no simkad terakhir
d) IC no atau passport no
e) Alamat sehingga poskod sahaja
f) 3 contoh 4 nombor terakhir yang anda suka.
(Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Contoh SMS yang perlu dihantar:
ak Ramasamy al mutusamy 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 4532 5120 4088


Jika ingin aktif dan terus kekalkan no lama, lihat contoh dibawah ini:
Contoh SMS yang perlu dihantar:
ak Ramasamy al mutusamy 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 4532 5120 4088 
umobile 013XXXXXX

Cara SMS 5) Untuk mendaftarkan bank akaun anda.

Terlalu ramai orang yang menyertai bisnes ini terlupa nak masukkan maklumat bank kedalam toneexcel, menyebabkan mereka tidak dapat menerima komisyen/bonus. Oleh itu saya berikan beberapa cara untuk anda masukkan bank info.

i. Minta bantuan upline anda untuk memasukkan maklumat tersebut.

ii. 
Memasukkan maklumat bank anda sendiri, sila lawati website iniwww.toneexcel.com masukkan no IC anda, tanpa sengkang, rapat-rapat, dan masukkan password sementara. Setelah anda memasukkan maklumat bank tersebut, saya mencadangkan anda tukarkan password sementara itu.iii. Gunakan sms. Anda boleh sms maklumat dibawah ini ke 014-705 7769 untuk proses pembayaran komisyen dimasa akan datang. Dengan syarat, ia akaun anda sendiri, bukan akaun orang lain dan kedua, anda belum tukar lagi password sementara yang diberikan sebelum ini.
a) Arahan memasukkan maklumat bank "bn"
b) bank
c) no akaun bank
d) no IC/passport
e) id anda
(Asingkan setiap maklumat dengan satu space, lihat contoh dibawah)

Contoh SMS yang perlu dihantar:
bn Maybank 1625XXXXXXXX 70XXXXXXXXX id_anda



_________________________________________________________

Panduan dan Peringatan:
Jika anda ingin mengekalkan no lama, ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

1) Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulu, tinggalkan lebih kurang seringgit (RM1) sahaja. Jika tidak bila anda buat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.

2) Save kan dahulu no handphone yang ada pada simkad lama tersbt pada handphone anda, jika tidak selepas port in, semua no phone yang ada pada simkad tersebut akan hilang.

3) Sekiranya ada menggunakan talian Celcom dan aktif menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dll, saya cadangkan anda jangan buat port in, kerana setakat in no port in Celcom masih belum dapat menerima TAC number.

4) Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in saya. Teknik ini boleh digunakan untuk semua talian atau telco yang lain kecuali Celcom sahaja.